Shortcuts key Terms

Imej
Shortcut Keys The following table shows the different short-cut keys frequently used while working on the computer system −                               fig.1 Function Short-cut keys Commonly Used Short-cut Keys F1 Universal help (for any sort of program). Alt + F File menu options in current program. Alt + E Edits options in current program. Ctrl + A Selects all text. Ctrl + X Cuts the selected item. Ctrl + C Copies the selected item. Ctrl + V Pastes copied item. Home Takes the user to the beginning of the current line. End Takes the user to the end of the current line. Ctrl + Home Takes the user to the beginning of the document. Ctrl + End Takes the user to the end of the document. Shift + Home Highlights from the current place to the beginning of line. Shift + End Highlights from the current place to the end of line. Microsoft Windows Shortcut Keys Ctrl + F4 Closes window in program. A...

KARANGAN:KEPENTINGAN SUNGAI

Kepentingan-kepentingan sungai kepada manusia
Bekalan air bersih Sumber makanan Pengangkutan dan perhubungan
Analisis soalan 
1. Isu : sungai 
2. Tugasan : kepentingan-kepentingan sungai kepada manusia
3. Format : tiada [huraian / pendapat]
          *Contoh Karangan Cemerlang
 
Anak nelayan mengail gelama, 
Dari pagi hingga malam; 
Sungai bersih dijaga bersama, 
Malaysiaku terbilang serata alam.Serangkap pantun di atas menekankan kepentingan menjaga kebersihan sungai secara 
bersama-sama.Hakikatnya, hal ini akan membolehkan nama Malaysia harum di peringkat 
antarabangsa kerana tindakan yang bijak ini.Namun begitu, masalah pencemaran sungai di 
negara kita semakin hari semakin membimbangkan.Hal ini dikatakan demikian kerana sikap 
masyarakat yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing telah 
membuang sampah ke dalam sungai dengan sewenang-wenangnya.Bukan itu sahaja, aktiviti 
pembalakan haram yang berlaku turut mencemarkan air sungai dengan kelodak apabila tanah runtuh.Tambahan pula, pihak kilang yang ingin mengaut keuntungan akan mengambil jalan pintas dengan 
membuang sisa toksik ke dalam sungai. Contohnya, pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim 
Kim di Johor telah membuka mata banyak pihak tentang ketegasan undang-undang yang lemah di negara kita. 
Kesannya, masalah pencemaran sungai ini akan menjadi batu penghalang kepada visi negara untuk 
mengejar status negara maju pada tahun 2025.Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan 
sungai kepada manusia? 
Satu daripada kepentingan sungai kepada manusia ialah sungai dapat menjadi bekalan air 
bersih untuk kelangsungan hidup manusia.  Umum mengetahui bahawa air ialah elemen terpenting 
kepada tubuh manusia kerana badan kita terdiri daripada 70 peratus air.Sebagai contoh, Sungai 
Kenyir yang mengalir ke Empangan Kenyir, Terengganu telah menjadi nadi kehidupan masyarakat setempat untuk 
memperoleh sumber air yang terawat.Impaknya, manusia dapat menjamin kesihatan dan 
keselamatan terhadap air yang diminum mahupun digunakan untuk kegiatan seharian seperti mandi, mencuci kain 
dan memasak hidangan kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.Dalam nada yang sama,
manusia dapat menjalankan aktiviti harian tanpa gangguan seperti masalah catuan air yang kerap berlaku di 
Selangor dan Kuala Lumpur hingga menimbulkan rungutan orang ramai.Tidak kurang juga, manusia
yang menjalankan perniagaan seperti restoran mahupun kedai makan tidak akan terkesan jika bekalan air bersih 
tidak terganggu.Pendek kata, sungai yang mengalir lancar dan bersih dapat menjadi bekalan 
air bersih untuk kelangsungan hidup manusia.
Selain itu, sungai yang tidak tercemar juga membekalkan sumber makanan kepada 
masyarakat di sekitarnya.Kita sedia maklum bahawa sungai menjadi habitat bagi hidupan akuatik 
seperti ikan, udang dan rumpai air.Misalnya, Sungai Pahang yang merupakan sungai terpanjang di 
Semenanjung Malaysia menjadi lubuk untuk memperoleh spesies ikan air tawar yang bernilai tinggi seperti ikan 
patin, ikan jelawat dan ikan kelah.Impaknya, manusia khususnya golongan nelayan sungai atau Orang 
Asli dapat menjadikan kawasan ini sebagai lubuk rezeki untuk meraih pendapatan bagi menyara kehidupan mereka 
yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Bukan itu sahaja, manusia khususnya golongan 
kanak-kanak juga dapat dibekalkan protein yang tinggi untuk mencapai kadar tumbesaran normal sekali gus 
mengelakkan penyakit kwasyiorkor.Tidak kurang juga, manusia dapat memelihara anugerah kurniaan 
Tuhan ini agar dapat diwarisi secara turun-temurun kerana alam ini hanyalah pinjaman daripada generasi akan 
datang.Tegasnya, manusia dapat dibekalkan sumber makanan yang berkhasiat sekiranya sungai 
masih terpelihara indah.Di samping itu, sungai juga menjadi alat pengangkutan dan perhubungan kepada manusia 
dari satu tempat ke satu tempat.Keadaan ini disebabkan oleh tidak semua kawasan di negara 
kita mempunyai jaringan pengangkutan jalan raya yang sempurna kerana bentuk muka bumi yang bergunung-ganang. Umpamanya, masyarakat kawasan pedalaman di Sarawak seperti di Kapit dan Belaga perlu 
menggunakan bot khas untuk menyusuri Sungai Rejang bagi menuju bandar Sibu. Implikasinya,
manusia terutamanya yang tinggal di kawasan hulu ini dapat berhubung dengan dunia luar agar tidak menjadi katak 
di bawah tempurung.Bukan itu sahaja, manusia juga dapat memudahkan urusan harian seperti 
membeli bahan mentah ataupun mendapatkan khidmat doktor.Malahan, manusia khususnya 
masyarakat kawasan pedalaman juga dapat menjimatkan wang kerana tambang bot yang dikenakan jauh lebih 
murah daripada tambang penerbangan. Sesungguhnya, sungai yang mengalir laju sememangnya 
dapat dijadikan alat pengangkutan dan perhubungan terutamanya bagi kawasan yang jauh daripada pembanguna.Secara kesimpulannya, terdapat seribu satu kepentingan sungai kepada manusia di 
muka bumi ini.Sehubungan dengan itu, semua pihak perlulah menggembleng tenaga ibarat 
peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing untuk memelihara dan memulihara kebersihan sungai di negara 
kita.Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar perlulah mempergiat dan memperhebat Kempen 
Cintai Sungai Kita yang telah dilancarkan sejak Februari 1993.Selain itu, media massa 
sama ada media cetak mahupun media elektronik bolehlah menulis artikel tentang penjagaan sungai untuk 
menyuntik kesedaran masyarakat kerana mata pena lebih tajam daripada mata pedang.
Usaha yang paling mustahak ialah ibu bapa dan guru perlulah mendidik generasi muda sejak kecil untuk 
menghargai sungai ibarat kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Semoga 
dengan usaha yang komited ini, masyarakat dapat membuat anjakan paradigma dalam menjaga kebersihan sungai. 
 Dengan cara ini, negara dapat mengelakkan pembaziran wang untuk mengurus sungai yang 
tercemar akibat pembangunan yang tidak terancang.  Akhir kata, tepuk dada tanya selera
kerana tanpa kesedaran yang tinggi dalam diri, segala usaha yang direncanakan hanyalah menjadi sia-sia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini